Saturday 12 May 2012

Hukum Gerakan Newton Pertama

Pasti ramai yang mengetahui bahawa Sir Isaac Newton merupakan salah seorang saintis paling berpengaruh di muka bumi ini. Antara teori hebat yang pernah disebut beliau adalah 'hukum gerakan newton pertama' yang menyatakan bahawa : "sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya, sama ada bergerak dan terus bergerak, atau pegun hidup segan mati tak mahu, selagi tiada daya luar bertindak atasnya".

Ertinya, kehidupan ini akan kekal di dalam keadaannya sekarang, andai tiada daya luar atau momentum yang dikenakan ke atasnya. Basikal akan terus bergerak, selagi daya dalam bentuk geseran yang terhasil dari brek tidak menghentikan pergerakannya. Sebiji bola pula akan kekal pegun, selagi Cristiano Ronaldo, atau Lionel Messi, atau Safee Sali, ataupun Ahmad yang merupakan seorang kanak2 berusia 6 tahun tidak menghadiahkan daya dalam bentuk sepakan kepadanya. Yang hitam akan kekal hitam, yang putih akan terus putih, hidup akan terasa hambar, tanpa adanya daya atau momentum yang diketengahkan ke atas kanvas bernama kehidupan.



Jadi wajarlah Allah yang Maha Mengetahui, telah mendahului Newton dalam perihal ini dengan firman-Nya di dalam Surah Ar-Ra'd (13) ayat ke-11:
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum selagi mana kaum itu tidak mengubah nasib mereka sendiri" 
Ertinya, sebuah umat itu akan kekal dalam keadaannya, andai mereka tidak mengenakan 'daya' dan 'momentum' untuk mengubah kisah sedih kehinaan nasib mereka.

Usahlah mendamba untuk menjadi umat yang terbaik, andai usaha-usaha pentarbiyahan (pendidikan) dan penyedaran umat tidak dilakukan secara intensif.

Usah pula berharap tertubuhnya sebuah negara Islam, andai maksiat dan penyelewengan masih dibiarkan berleluasa dan bermaharajalela. Usah merindu pertolongan Allah, andai umat tidak berusaha agar layak memperolehinya.

Apakah mungkin kemenangan akan datang, kemuliaan menjengah, dan kebahagiaan mengabadi, sedang insan tiada langsung kesungguhan dan pengorbanan bagi mendapatkannya?

"Apakah kau kira hanya dengan bermimpi & berangan itulah 'momentum perubahan'?
Bukannya hidup yang dipenuhi air mata dan darah berkat dari pengorbanan? Apakah kau meragui betapa hidup ini sebuah perjuangan, sedang nas-nas Al-Quran juga nas-nas saintitifik  kelolaan Newton, kedua-dua telah menyepakati keperluannya?

"Apakah kamu mengira bahawa kamu semua akan masuk Syurga, sedangkan belum datang kepada kamu apa yang dilalui oleh orang-orang sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka kesengsaraan, serta digoncang (pendirian) mereka, sehingga berkatalah Ar-Rasul dan orang-orang beriman yang bersamanya, "bilakah akan datang pertolongan Allah?" Ingatlah pertolongan Allah amat dekat." (Al-Baqarah : 214)

Marilah beri masa kita untuk Islam, sepertimana masa yang kita berikan untuk memenuhi tuntutan kehidupan, agar masa-masa yang kita berikan itu menjadi 'momentum' yang meniupkan angin perubahan kepada nasib malang umat Islam yang kian berpanjangan. Dan Newton pun tersenyum riang, kerana kita memahami teori yang dia kemukakan.


Saturday 28 April 2012

Umat Pertengahan

Satu hari Kumar datang kepada saya dan bertanya, "Kau pandai berlakon?". Saya geleng spontan. "Aku tahu kau pandai berlakon," katanya. "Sebab semua manusia adalah pelakon." Saya tersenyum lalu sengaja bertanya, "Jadi siapa pengarahnya?" "Tuhanlah, siapa lagi!" Katanya sambil ketawa dan berlalu pergi. Subhanallah! Bisik saya.

Selalunya Kumar mengambil tafsir Al-Quran saya dan dia baca maksudnya yang dalam Bahasa Melayu. Saya masih ingat pada suatu hari Kumat bergurau dengan orang yang cuba mengganggu saya, "Kau ni fasiklah," ujar Kumar kepada orang itu. Saya yang mendengarnya jadi terkejut lalu bertanya, "Kamu tahu apa maksudnya?" Dia pun datang ke meja saya dan mengambil kitab, "Ada dalam ini, saya baca."

Perasaan saya berbunga-bunga. Dia pernah belajar tamadun Islam dan subjek-subjek Islam semasa di universiti dulu. "So, you are more 'Muslim' than me", pujiku lalu dia pun ketawa. Kemudian, saban hari saya melihat dia menonton video ketuhanan di internet.

Bukan Semua Manusia Adalah Kumar
Tidak semua di antara mereka yang dikurniakan hati yang lembut terhadap kalam Allah spt Kumar. Namun, bagaimana dgn hati mereka yg lain?

Bagaimana hidayah Allah itu boleh sampai kepada mereka melalui umat Islam yg hanya menyimpan Islam di dalam poket masing2?

"Sepertimana Kami jadikan kamu satu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada umat manusia dan Rasulullah pula menjadi saksi ke atas kamu" (Al-Baqarah : 143)

Apabila kita berada di dalam situasi orang tengah, kita berperanan sbg saksi yg mengetahui kebenaran sebagaimana seorang saksi di mahkamah. Bolehkah kita berpura2 buta, pekak dan bisu apabila menjadi saksi kepada orang lain?



Jika anda telah bersaksi bahawa cekodok betik yg dijual di Gerai Kak Piah itu sedap, pastinya anda tidak malu2 utk promosikannya di Facebook, Twitter dan orang sekeliling anda. Jika Kak Piah tweets sesuatu ttg cekodok betik, anda akan retweet. Anda juga share dan like semua status Facebook berkaitan cekodok betik Kak Piah.

Mengapa sampai begitu? Ya, kerana anda tahu betapa sedapnya cekodok betik itu dan mahukan semua orang merasai betapa nikmatnya rasa cekodok itu sebagaimana yg anda rasakan. Sedarkah anda, bahawa saat itu anda adalah 'umat pertengahan' di antara cekodok Kak Piah dan orang di sekeliling anda?

Begitu juga dengan peristiwa anda terserempak dengan penyanyi Che Gaera Matata di Stesen LRT Chan Sow Lin minggu lepas. Anda pun bergambar dengan beliau dengan tiga jenis pose. Walaupun gambar itu tidak menjadi kerana anda tidak pandai set up ISO, anda ttp akan kongsikan dgn semua rakan realiti mahupun dunia maya anda. Bukankah itu perlakuan seorang 'umat pertengahan' juga? Kita semua adalah 'umat pertengahan' walaupun tanpa kita sedari ataupun pitam buat2 tidak sedar.

Namu mengapa bila disebut umat pertengahan dalam konteks Islam atau dakwah, semua orang geleng kepala seolah2 sedang menolak ajakan promoter di tepi2 jalan?
Biarlah ustaz yang buat. Kami tak cukup ilmu. Kita jaga diri sudahlah.


Sampaikan Apa Yang Anda Tahu
Anda telah terserempak dengan orang minyak yg sedang membersihkan dirinya di belakang semak rumah Haji Bedin. Maka, pada saat itu tahulah anda bahawa orang minyak yg selama ini merosakkan kehormatan gadis2 kampung anda ialah Leman, anak tauke Kicap Pekat di kempung sebelah.

Pada saat Leman ditangkap, anda ingin tampil menjadi saksi walaupun anda bukanlah kenal sangat dgn Leman. Ini berlaku apabila anda mempunyai pengetahuan ttg sesuatu, maka anda menyampaikan apa yang anda bersaksi padanya. Walaupun anda tidak ada ilmu ttg keseluruhan hidup Leman.

Dan sekali lagi, mengapa? Kerana anda tahu, jika anda tidak menyampaikan apa yg haq (kebenaran), kelak penjahat akan berleluasa dan boleh jadi merosakkan adik, kakak, malah diri anda sendiri. Bayangkan kerosakan yg berlaku kepada masyarakat jika anda tidak menyampaikan kebenaran ttg Leman. Ketahuilah, " Mereka yang diazab neraka sentiasa mencari-cari orang lain untuk menggantikan dirinya, sesiapa sahaja di muka bumi, sehingga mereka terlepas dari azab Allah." (Al-Ma'arij : 11-14)

'Ya Allah, dia tahu Leman tu orang minyak tapi dia tak bagitahupun. Kami rosak kerananya! Salah dia, ya Allah.' (Penduduk kampung)

'Ya Allah, kalau dia membiarkan aku ditangkap dahulu, tentu aku sudah bertaubat dan menjadi manusia yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam neraka, ya Allah!' (Leman)

'Ya Allah, dia ni dulu ada dalam friendlist Facebook aku tapi dia tak pernah nak beri peringatan. Azablah dia sekali, ya Allah!'

'Ya Allah, aku jumpa dia hari2 di pejabat, tp tak pernah sekalipun dia mengajak aku ke arah kebaikan. Dia baik seorang diri sahaja. Masukkan dia ke dalam neraka bersama kami, dan azab dia berlipat kali ganda, ya Allah!'

Bukankah ini sangat menakutkan? Ternyata, kita tidak blh baik sendiri-sendiri. Islam itu bukanlah bersifat darwisy (mengasingkan diri). Rasulullah SAW dan para sahabat tidak duduk diam di suatu tempat dan beribadah semata2.

Hak Allah
Zalimnya orang yg menyembunyikan identiti Leman sbg orang minyak sebagaimana zalimnya orang yg tidak memberitahu ttg kelazatan cekodok betik kpd orang lain dan melihat sahaja mereka makan cekodok tanpa rasa kasihan.

Tetapi siapakah yg lebih zalim drpd orang2 yg membiarkan manusia lain hidup meraba2 dlm kegelapan kerana menyekutukan Allah?
Mereka, umat pertengahan yang bisu, tidak meletakkan hak Allah pada tempat-Nya.

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata " Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Surah Fussilat : 33)

Dan ingat lagikah kisah seekor burung kecil comel yang berusaha memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim as., dengan menggunakan paruhnya yg kecil utk mengangkut air? Sungguh tidak realistik difikirkan, mustahil dgn air yg sedikit mampu memadamkan api yg marak menyala-nyala.

Namun burung itu sudah ada hujahnya di hadapan Allah di akhirat kelak, bahawa ia telah melakukan tugas menegakkan haq itu semampu yang mungkin. Apakah kita mampu memberi alasan sepertinya utk melepaskan diri dari azab Allah?


Thursday 2 February 2012

Perasmian Voucher 1 Malaysia

Wohoooo.... Itu ungkapan pertama yg terpacul dari mulut seorang aku sewaktu mendapatkan 4 keping voucher yg pada aku sangat bernilai itu... Alhamdulillah ^_^ Yes, 4 keping voucher itu sangat bernilai sebab voucher itu satu modal kepada buku2 yg aku impikan... Semangat gileehhh, kan ?
Of course :)
Manusia yg bergelar ulat buku mana yg tak semangat bila mampu mendapatkan 5-8 buah buku, kan :) .. Oh, adakah aku memberi gelaran ulat buku itu kepada diri aku sendiri? Itu bermakna aku syok sendiri? Oh, tidak sama sekali.. Memang itulah aku bila berhadapan dgn nilai sebuah buku...



Kisah seorang aku yg bergelar ulat buku.. Oh, xde kisah yg best pon... Saja nak bagi panjang post...
Hehe... Aku masih ingat sewaktu kecil dahulu, itu kalau tak silap mungkin sekitar tahun 1998-2000...
Itu semasa aku berumur 5-7 tahun.. Pada waktu tidur, pasti arwah nenek selalu ceritakan satu kisah.. Pernah satu malam, ditinggalkannya aku tanpa sebarang cerita, aku menangis sampai tak tertidur...Walhal pada masa itu arwah tgh sakit... Maklum lah muda gila masa tu, mana nak faham, kan :) .. Ke itu sebenarnya manja? Alamak, terkantoi sudah... Haha... Tapi walau macam mana pun, akhirnya arwah nenek cerita jugak... Itu disebabkan rasa sayangnya pada aku yg digelarnya cucu...
Oh, sungguh aku tersangat rindu pada arwah nenek... Arwah pergi meninggalkan kami pada bulan 3 tahun 2000.. Ya, aku akui, aku memang tersangat manja.. Mungkin disebabkan itu aku masih teringat semua kisah lampau bersama arwah nenek... Dan mungkin disebabkan itu jugak, aku rajin beli buku, sebagai tanda yg aku memang sayangkan arwah :')
Oh, sudah, aku tak mampu teruskan cerita itu lagi... Sedih mungkin...
Aku berharap arwah nenek dan atuk aman dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman...
Amin...

Okeyh, iklan emo sekejap tadi.. Haha.. Selepas arwah pergi meninggalkan kami, ibu pula menjadi pengganti kepada penceritaan itu... Itu pun aku masih ingat... Pada waktu itu, aku tgh sakit... Oh, ibu tersangat memahami anak2nya... Dihadiahkannya buku 25 Rasul pada aku...Terus saja aku baca, walaupun masa tu badan memang tak larat gilerh.. Itu buku pertama yg ibu beri pada aku :)
Oh, itu tersangat great actually, baru berumur 7 tahun sudah baca buku yg tiada langsung bergambar, yg hanya dipenuhi text sahaja :) .. Okey, puji diri sendiri sebentar.. Haha... Gedex gila aku kali ni...
Gedex=Gedik.. Oh, kalau aku ingat apa cover-nya pasti sudah aku post di sini...


Jadi sejak itu, bila mana ada saja duit dan kesempatan pasti aku dapatkan-nya...
Kisah seorang ulat buku sewaktu bekerja di Jusco Maluri, Cheras :
Oh, yang ini memang melampau... Nak diceritakan kat jusco tu adalah MPH... Hehe... Faham2 jela :) Kerja aku sebagai promoter pun curi tulang la jawabnya... Setiap kali ada kesempatan tiada customer, sure aku berlari ke MPH, baca mana2 buku yg best... Lucky la aku tak pernah kena tangkap dgn Blue Waves (Guard).. Hee.. Kejam gila aku, counter dibiarkan saja bersepah.. Tp, bila nak kemas balik, mula la pening kepala.. Merungut sana sini... Tapi takpe, demi harga sebuah buku :)

Dan ini dia, buku yg berjaya aku beli dgn menggunakan sekeping voucher.. Kedua2 buku ini kalau di-total-kan berjumlah 1400++ pages... Masing2 700++ pages... Oh, seakan aku sudah pergi ke level yg lbh tinggi... Okey, cukup, sedari tadi puji diri sendiri... Haha... Buku2 ni tersangat best actually... Banyak sungguh2 fakta2 yg aku tak ketahui... Fakta2 yg bagi aku tersangat menarik...  Aku memang suka share buku yg dibeli sebenarnya :) ... Seriously... Oh, tp berhati-hatilah dengan ke-powerful-an buku2 ini... Sebabnya aku sendiri rasa bagai diri aku ni kecik je.. Jahil je baca buku ni... Terlalu byk fakta yg aku tak tahu sebelum ini... Hebatnya mereka, kaji dan kaji dan kaji sehingga dapat menghasilkan satu kesimpulan yg begitu WOW!! Ya, itulah kuasa seorang penulis... Yang best jadi seorang penulis nie, bila pembaca tu sendiri tergaru-garu cuba memahami penulisan-nya...




Yakjuj & Makjuj: 5 Gelombang Pembawa Bencana


"Bergembiralah kamu kerana sesungguhnya seorang lelaki daripada kamu adalah sama dengan 1000 orang daripada Yakjuj dan Makjuj" Hadis direkodkan oleh Bukhari.

Buku Yakjuj & Makjuj: Lima Gelombang Pembawa Bencana ini mendedahkan lima bangsa Yakjuj & Makjuj yang terkenal dengan serangan kejam dalam sejarah * Menghurai keturunan Yakjuj & Makjuj bermula daripada keturunan Nabi Nuh * Sifat yang ada pada Yakjuj & Makjuj terdapat dalam keturunannya sekarang * Apabila tiba masa yang dijanjikan, lima bangsa ini akan kembali menguasai bumi.

Alexander Adalah Zulqarnain
"Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.' Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." 
(Surah al-Kahfi:83-84)

 Sejak sekian lama, nama agung Zulqarnain cuba dikaitkan dengan nama-nama raja agung dalam sejarah. Mustahil raja agung yang tercatat di dalam al-Quran 'hilang' dalam rekod sejarah. Bukan seorang dua raja agung yang dinobatkan, namun mengaitkan peribadi raja dengan iman yang disebutkan di dalam al-Quran masih 'misteri.'
Mencari Zulqarnain ibarat bermain teka-teki. Setiap teka-teki mempunyai kata kunci. Antara kata kunci utama adalah beriman, menjelajah timur dan barat dan bertemu dengan Yakjuj dan Makjuj. Tersalah pada satu kata kunci, calon raja agung terkeluar daripada gelaran Zulqarnain.

Senarai calon raja agung sudah dibuat, kata kunci sudah dirungkaikan, ternyata Alexander the Great adalah calon yang paling layak. Biar pun tuduhan musyrik yang dilemparkan, buku ini menjawab Alexander Macedonea atau Iskandar al-Makduni adalah orang yang beriman pada satu Tuhan yang esa, pembebas timur dan barat dan pembina tembok Yakjuj dan Makjuj.
Buku Alexander adalah Zulqarnain mendedahkan profil Alexander the Great, anak Philip II, agamanya, dan kaitannya dengan bangsa paling kejam dalam sejarah, Yakjuj dan Makjuj. Menjawab tuduhan musyrik yang dilemparkan, membersihkan peribadinya daripada sembahan pagan dan membuktikan bahawa beliau sememangnya beriman.

Antara kandungan menarik di dalam buku ini: Alexander the Great di dalam Tafsir al-Quran * Nama Alexander the Great dicemari di dalam Teks Yunani-Rom Kuno * Senarai Penguasa Dunia (1010 - 330 SM) * Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj & Makjuj * Oasis Monoteisme di tengah Gurun Paganisme Yunani * Peringkat Awal Misi Pembebasan Alexander * Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem * Pengembaraan Alexander di Timur * Pengembaraan Alexander di Barat * Pertemuan Alexander dengan Kaum-kaum yang disebut di dalam al-Quran * Lokasi Alexander membina Tembok Besi * Jawapan kepada Tuduhan.
 
Penulis adalah pensyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan mendapat Ijazah Doktor dan Falsafah (PhD) dalam bidang sejarah dan peradaban. Beliau menghasilkan karya-karya bestseller seperti Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009), Alexander adalah Zulqarnain (2010), Armagedon: 2012 (2010). 

Hehe... Tak faham? Curious? Dapatkannya sekarang sementara buku2 ni berada di pasaran :)
Okeyh, itu saja kisah seorang ulat buku -_-... Membaca itu best... Serious =.=
5 Ayat yg diturunkan pun menyuruh kita membaca...



Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang mencipta (1)
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah beku (2)
Bacalah, dan Tuhanmu lah yang Maha Pemurah (3)
Yang Mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam (4)
Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (5)


Jangan tak tahu "Membaca itu Jambatan Ilmu" 



Saturday 28 January 2012

Selangkah Menghampiri Kejayaan


Masalah, ujian, cabaran, halangan dan yg sewaktu dengan-nya...
Itu semua istilah yg kita gunakan bagi menggambarkan bebanan yg kita sedang tanggung...
Bercerita soal masalah, tiada seorang pun yg mampu menghindarinya... It's part of life...
Semua orang ada masalah...
Itu fakta yg tidak boleh disangkal lagi


Allah berfirman yg bermaksud:
"Tidak Kami jadikan jin dan manusia itu melainkan hanya untuk beribadah kepada Kami"
(Az-Zariyat:56)

Oleh itu keseluruhan kehidupan kita ini merupakan satu ibadah...
Dan ibadah itu adalah tujuan kita diciptakan...
Sudah tentu ibadah itu sendiri ada ganjaran-nya...
Maka Allah tidak akan sesuka hati mengatur ujian untuk kita dengan sia-sia...
Itu merupakan percaturan Allah untuk melihat siapakah hamba-Nya yg terbaik..
Diberikan-Nya kita masalah berupa kesedihan untuk kita lebih menghargai nilai sebuah senyuman
Disembunyikan-Nya matahari, diturunkannya kita hujan, itu semua untuk kita mengenal apa itu makna sebuah pelangi...
Ya, tiada yg sia-sia sebenarnya...



Masalah itu lumrah kehidupan...
Kehidupan kita pasti ada naik dan turun-nya...
Jika kita fikir2kan, masalah itu sendiri merupakan satu perjalanan yg mesti kita tempuh untuk lebih berjaya...
Andai dapat diatasi, bersyukurlah, itu maknanya kita selangkah menghampiri kejayaan...
Masalah inilah yg membuktikan sesebuah kehidupan itu sedang berjalan...
Tak percaya? Ini buktinya... Pernah nampak alat ini?

Electrocardiograph (ECG) - Alat ini berfungsi untuk memeriksa denyutan jantung pesakit. Ianya mengeluarkan graf bagi menganalisa jantung pesakit. 


Sekarang kita andaikan turun naik graf tersebut sebagai kehidupan kita...
Dan turun naik graf tersebut membuktikan bahawa kehidupan itu sedang berjalan...
Macam mana pula kalau graf tersebut steady/lurus melintang saja?
Ya, sure jawabnya mati ^^
Hehe...
Dah percaya?


Hidup ini perlu ada suka dan duka-nya...
Akan bosan hidup kalau happy memanjang....
Contohnya:Saya suka Nasi Minyak
Erm...Nyum nyum -_-
Jadi saya pun minta la kat ibu tolong buatkan nasi minyak...
Macam mana rasanya?
Jawabnya sedap gilehhh...
Esok ibu masakkan lagi tau...Jadi macam mana rasanya untuk ke-dua kali-nya?
Masih sedap, tapi berkurangan...
Kalau benda ini berterusan, makin hari makin berkurangan rasanya...
Lebih teruk lagi, rasanya tak sedap langsung...
(Ni dah masuk bab marginal utility-microeconomics...Hehe...Budak economy saja faham)
See, begitu juga kehidupan...
Perlu ada naik turun-nya...
Tak kanlah kita nak berjaya tanpa sebarang masalah...
Tak best... Seriously =_=
Nanti kalau ditanya anak kita, macam mana ayah boleh berjaya?
Nak jawab macam ni?
"Oh.. Ayah dulu happy je... Tahu2 ayah dah berjaya"
Best?
Cerita yg tersangat tak menarik...

Kebanyakan antara kita apabila berhadapan dengan masalah hati bagai dihiris sembilu...
Penuh kesedihan... Kusut..
Handsome?
Haha.. Memang-lah handsome... Baby lagi...
Kalau kita kusut macam tu, handsome lagi ke?
Jangan berangan... Tak handsome langsung...
Walhal masalah tu kecik je sebenarnya...
-Tak ada idea nak buat assignment
-Kena reject dengan someone
-Duit tak cukup 10sen nak beli coki-coki ^^
dan sebagainya...

Masalah ini disebabkan kita pandang dekat sangat, yg kecik pun jadi besar...
Tak percaya lagi?
Hehe...
Banyak betul experiment hari ni yeah...
Okey, cuba ambil apa pun barang...
Contohnya:pen sebagai masalah/halangan...
Letakkan jauh di hadapan mata secara menegak...
Makin lama makin dekat..
Besar tak?
Hehe...
Nope, seriously...
Sedangkan kalau kita fikir secara waras, sebelah kiri dan kanan pen itu, banyak je ruang kosaong...
Dan itu-lah jalan dia...

Selalu letakkan ini pada diri
"I am BIGGER than my problem"

Dan selalu-lah ingat, stick pada masalah tidak akan ada penambaikan...
Insya-Allah ada jalan-nya



Maher Zain - InshaAllah Malay version

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu
Ulang Chorus
Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ya, insya-Allah ada jalan-nya..

REMEMBER!!!!
You say the same, you stay the same...
You do the same, you'll get the same...
Do something INFERIOR..
Cari jalan, bukan sesalan...
NO ONE CAN MAKE YOU INFERIOR.. WITHOUT YOUSELF...
Kita ada helang tapi ayam yg kita tunjuk-kan...
Ya, tunjuk-kan helang kita... Terbang lebih tinggi...
Yakin kita boleh atasi semua masalah tersebut...
Macam mana nak yakin-kan orang lain kalau tak yakin dengan diri sendiri?

Tapi, gandingkan-lah usaha kita dengan takwa..
Kita hanya mampu berusaha, Allah yg tentukan...
"Do the best, Let Allah do the rest"

"Berbekallah kamu, sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa"
(Al-Baqarah:197)



Thursday 26 January 2012

Satu Kegagalan Satu Ilmu

Pernahkah kamu gagal dalam hidup?
Pernahkah kamu b'henti pd satu-satu pekerjaan hanya disebabkan satu kegagalan...
Dan lebih teruk lagi, kamu hilang semangat sehingga menghukum diri drpd melakukan pekerjaan yg lainnya?
Manusia mana yg tidak pernah gagal?
Saya sendiri pernah gagal dlm beberapa hal...
Sure kegagalan itu sendiri membawa kesan yg tersangat mendalam...
Lebih2 lagi kalau kita dihina oleh orang sekeliling...
But, kenyataannya, untuk apa sebenarnya kita terus berada dalam kesedihan?
Untuk apa kita terus menghukum diri?
Kegagalan itu berada pd setiap orang, cuma yg membezakannya ialah seberapa cepat kita bangkit semula....
"MANUSIA YG HEBAT AKAN CEPAT2 BANGKIT SEMULA DARIPADA JATUHNYA"
Yang kita inginkan itu kejayaan, bukan?
Jadi, tidak perlu rasanya kita turutkan kata si loser yg menghina...
Untuk berjaya, bukan kata si loser yg patut kita dgr, sepatutnya kata si winner yg patut kita ikut..
Ya, kalau kita menganggap sesuatu yg kita sedang pertahankan itu penting, why must we give up?
STAND UP AND FIGHT!!!!!!!!!!

Katakan pada diri
"SEKALI KUJATUH SEJUTA KALI KUBANGKIT"






Bercakap soal gagal, pernah dengar kisah penciptaan mentol oleh Thomas Edison?
Tahu pada kali ke-berapa beliau berjaya mencipta mentol?
Beliau hanya berjaya pd percubaannya yg ke-2001...
Ya, gagal 2000x hanya untuk mencipta mentol...
Ditanya apa yg menyebabkan beliau berusaha sedemikian rupa, jawabnya
"Saya tidak gagal, saya hanya berjaya pada percubaan yg ke-2001 sebab pd setiap percubaan itu saya mendapat satu ilmu yg baru"
Lihat mengapa manusia2 hebat seperti beliau mampu mencipta sejarah...
Semangatnya sahaja sudah sebegitu kental, apatah lagi ilmu yg beliau ada...
Tidakkah kamu terfikir, jikalau beliau berhenti berusaha, apa yg akan kita guna pada hari ini untuk menerangi rumah, jalan dan sebagainya...
Jawabnya, kita akan hidup lebih gelap drpd sekarang...
See... Bangkitnya beliau bukan setakat mampu mencipta mentol, malah memberi manfaat kepada kita...

"NEVER GIVE UP... YOU ARE NOT FINISHED WHEN YOU FAILED, YOU'RE FINISHED WHEN YOU GIVE UP... SO, KEEP TRYING UNTIL YOU HIT THE SCORE"

Ya, gagal itu hanya berlaku apabila kita berhenti...
Seperti kehidupan...
Jika kita berdosa, adakah itu penamat segalanya?
Malah Allah menyuruh kita agar bertaubat berkali2 kepada-Nya....
Allah suka orang yg berkali2 bertaubat...

"Sesungguhnya Allah mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri"

Sedikit perkongsian drpd ilmu yg diperoleh semasa menghadiri SMART CAMP..
Lihat video ini... Muhasabah diri seketika...



Kalau beliau yg tidak cukup anggota itu mampu sebegitu positif, tidakkah kita rasa kita pun sebenarnya boleh?
Bangkit guys, jangan lihat dunia dalam lingkungan kita sahaja...
Pecahkan dunia yg memisahkan kita dgn dunia luar...
Kalaupun kita tak nak lakukan untuk diri sendiri, tolong lakukan demi yg lainnya...

Kepada kawan2 yg baru sahaja mendapat result, terutamanya UNITEN-IANS
Apa pun result kita, jadikan itu sebagai batu loncatan untuk kita lebih berjaya pd masa akan dtg...
Bersyukur sahaja atas apa yg Allah berikan..
Untuk sem 3 nanti, JOM

"DO THE BEST LET ALLAH DO THE REST"

"SHOOT 4 THE STARS, ATLEAST WE GET THE MOON"
Target itu sebenarnya menentukan usaha kita...
Kalau pd awal kita target rendah, sudah tentu usaha pun macam nak tak nak je...
So, targetlah tinggi...
Tak dapat bintang tak pe, dpt bulan pun oke jugak apa ^^


Dan ingat!!!!!!!!

"KEJAYAAN ITU MEMANG MANIS BAK MADU, TAPI SANGGUP TAK KITA TELAN PAHITNYA HEMPEDU DAHULU?"

Ingin juga dikongsikan sedikit experience...
Ilmu yg saya dapat semasa menghadiri modul "I <3 Rejection"
Ya, tentang bagaimana kita dapat mengurangkan kekecewaan bila gagal yg kita dapat...
Hehe...
Ada ke orang yg suka rejection?
Yup, ada ramai.. Saya sendiri dah berkumpul dengan manusia sebegitu semasa modul...
Sure suasana penuh dgn semangat...
Dilontarkan sebegitu byk soalan berupa rejection, tp dapat dijawab sebegitu mudah rejection tersebut...
Nak cerita banyak pun tak boleh, kan?
Dipendekkan, senang je sebenarnya...
Pada waktu kita berusaha, target tinggi perlu diletakkan...
Tapi, pd waktu keputusan diambil, jangan menaruh harapan yg terlalu tinggi...
Tanam pd diri

"TIDAK DAPAT DALAM TANGAN, DAPAT BELUM TENTU"

Insya-Allah ini dapat membantu..

Membujur lalu melintang patah,
Lawan tetap lawan,
Lawan sampai cipta kejayaan...

Hari ini satu kegagalan,
Esok satu pengharapan,
Akan datang satu ujian,
Jumpa anda di Angkasa Kejayaan....


Satu Permulaan ✔

Salam pertemuan (-_-)>>
Alhamdulillah
Setelah berpenat lelah berpening kepala, akhirnya siap juga blog nie...
Kebenarannya ini adalah blog yang ke-dua terhasil setelah tertidurnya blog pertama sejak berzaman lamanya...
Apa terjadi kepada blog yang pertama?
Hehe
Orang hebat ada mengatakan "yesterday is history, today is a gift, tomorrow is mystery" ^^
So, tak payah la nak pandang ke belakang semula, kan ;)
Akan diusahakan blog yg ke-dua ni mampu bertahan lebih lama...
Btw, niat blog ini dihasilkan adalah untuk berkongsi sebarang ilmu yg insya-Allah boleh memberi manfaat kepada kita semua...
Konsepnya mudah sahaja : Give and take
Saya memberi dan saya juga menerima ...
Andai blog nie tersasar daripada jalan yg sepatutnya, nasihat membina drpd kamu semua amat diperlukan ...


Apa-apa pun, salam ukhuwwah dari saya ^-^




Popular Posts