Saturday 28 April 2012

Umat Pertengahan

Satu hari Kumar datang kepada saya dan bertanya, "Kau pandai berlakon?". Saya geleng spontan. "Aku tahu kau pandai berlakon," katanya. "Sebab semua manusia adalah pelakon." Saya tersenyum lalu sengaja bertanya, "Jadi siapa pengarahnya?" "Tuhanlah, siapa lagi!" Katanya sambil ketawa dan berlalu pergi. Subhanallah! Bisik saya.

Selalunya Kumar mengambil tafsir Al-Quran saya dan dia baca maksudnya yang dalam Bahasa Melayu. Saya masih ingat pada suatu hari Kumat bergurau dengan orang yang cuba mengganggu saya, "Kau ni fasiklah," ujar Kumar kepada orang itu. Saya yang mendengarnya jadi terkejut lalu bertanya, "Kamu tahu apa maksudnya?" Dia pun datang ke meja saya dan mengambil kitab, "Ada dalam ini, saya baca."

Perasaan saya berbunga-bunga. Dia pernah belajar tamadun Islam dan subjek-subjek Islam semasa di universiti dulu. "So, you are more 'Muslim' than me", pujiku lalu dia pun ketawa. Kemudian, saban hari saya melihat dia menonton video ketuhanan di internet.

Bukan Semua Manusia Adalah Kumar
Tidak semua di antara mereka yang dikurniakan hati yang lembut terhadap kalam Allah spt Kumar. Namun, bagaimana dgn hati mereka yg lain?

Bagaimana hidayah Allah itu boleh sampai kepada mereka melalui umat Islam yg hanya menyimpan Islam di dalam poket masing2?

"Sepertimana Kami jadikan kamu satu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi kepada umat manusia dan Rasulullah pula menjadi saksi ke atas kamu" (Al-Baqarah : 143)

Apabila kita berada di dalam situasi orang tengah, kita berperanan sbg saksi yg mengetahui kebenaran sebagaimana seorang saksi di mahkamah. Bolehkah kita berpura2 buta, pekak dan bisu apabila menjadi saksi kepada orang lain?



Jika anda telah bersaksi bahawa cekodok betik yg dijual di Gerai Kak Piah itu sedap, pastinya anda tidak malu2 utk promosikannya di Facebook, Twitter dan orang sekeliling anda. Jika Kak Piah tweets sesuatu ttg cekodok betik, anda akan retweet. Anda juga share dan like semua status Facebook berkaitan cekodok betik Kak Piah.

Mengapa sampai begitu? Ya, kerana anda tahu betapa sedapnya cekodok betik itu dan mahukan semua orang merasai betapa nikmatnya rasa cekodok itu sebagaimana yg anda rasakan. Sedarkah anda, bahawa saat itu anda adalah 'umat pertengahan' di antara cekodok Kak Piah dan orang di sekeliling anda?

Begitu juga dengan peristiwa anda terserempak dengan penyanyi Che Gaera Matata di Stesen LRT Chan Sow Lin minggu lepas. Anda pun bergambar dengan beliau dengan tiga jenis pose. Walaupun gambar itu tidak menjadi kerana anda tidak pandai set up ISO, anda ttp akan kongsikan dgn semua rakan realiti mahupun dunia maya anda. Bukankah itu perlakuan seorang 'umat pertengahan' juga? Kita semua adalah 'umat pertengahan' walaupun tanpa kita sedari ataupun pitam buat2 tidak sedar.

Namu mengapa bila disebut umat pertengahan dalam konteks Islam atau dakwah, semua orang geleng kepala seolah2 sedang menolak ajakan promoter di tepi2 jalan?
Biarlah ustaz yang buat. Kami tak cukup ilmu. Kita jaga diri sudahlah.


Sampaikan Apa Yang Anda Tahu
Anda telah terserempak dengan orang minyak yg sedang membersihkan dirinya di belakang semak rumah Haji Bedin. Maka, pada saat itu tahulah anda bahawa orang minyak yg selama ini merosakkan kehormatan gadis2 kampung anda ialah Leman, anak tauke Kicap Pekat di kempung sebelah.

Pada saat Leman ditangkap, anda ingin tampil menjadi saksi walaupun anda bukanlah kenal sangat dgn Leman. Ini berlaku apabila anda mempunyai pengetahuan ttg sesuatu, maka anda menyampaikan apa yang anda bersaksi padanya. Walaupun anda tidak ada ilmu ttg keseluruhan hidup Leman.

Dan sekali lagi, mengapa? Kerana anda tahu, jika anda tidak menyampaikan apa yg haq (kebenaran), kelak penjahat akan berleluasa dan boleh jadi merosakkan adik, kakak, malah diri anda sendiri. Bayangkan kerosakan yg berlaku kepada masyarakat jika anda tidak menyampaikan kebenaran ttg Leman. Ketahuilah, " Mereka yang diazab neraka sentiasa mencari-cari orang lain untuk menggantikan dirinya, sesiapa sahaja di muka bumi, sehingga mereka terlepas dari azab Allah." (Al-Ma'arij : 11-14)

'Ya Allah, dia tahu Leman tu orang minyak tapi dia tak bagitahupun. Kami rosak kerananya! Salah dia, ya Allah.' (Penduduk kampung)

'Ya Allah, kalau dia membiarkan aku ditangkap dahulu, tentu aku sudah bertaubat dan menjadi manusia yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam neraka, ya Allah!' (Leman)

'Ya Allah, dia ni dulu ada dalam friendlist Facebook aku tapi dia tak pernah nak beri peringatan. Azablah dia sekali, ya Allah!'

'Ya Allah, aku jumpa dia hari2 di pejabat, tp tak pernah sekalipun dia mengajak aku ke arah kebaikan. Dia baik seorang diri sahaja. Masukkan dia ke dalam neraka bersama kami, dan azab dia berlipat kali ganda, ya Allah!'

Bukankah ini sangat menakutkan? Ternyata, kita tidak blh baik sendiri-sendiri. Islam itu bukanlah bersifat darwisy (mengasingkan diri). Rasulullah SAW dan para sahabat tidak duduk diam di suatu tempat dan beribadah semata2.

Hak Allah
Zalimnya orang yg menyembunyikan identiti Leman sbg orang minyak sebagaimana zalimnya orang yg tidak memberitahu ttg kelazatan cekodok betik kpd orang lain dan melihat sahaja mereka makan cekodok tanpa rasa kasihan.

Tetapi siapakah yg lebih zalim drpd orang2 yg membiarkan manusia lain hidup meraba2 dlm kegelapan kerana menyekutukan Allah?
Mereka, umat pertengahan yang bisu, tidak meletakkan hak Allah pada tempat-Nya.

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata " Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!" (Surah Fussilat : 33)

Dan ingat lagikah kisah seekor burung kecil comel yang berusaha memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim as., dengan menggunakan paruhnya yg kecil utk mengangkut air? Sungguh tidak realistik difikirkan, mustahil dgn air yg sedikit mampu memadamkan api yg marak menyala-nyala.

Namun burung itu sudah ada hujahnya di hadapan Allah di akhirat kelak, bahawa ia telah melakukan tugas menegakkan haq itu semampu yang mungkin. Apakah kita mampu memberi alasan sepertinya utk melepaskan diri dari azab Allah?


Biodata Penulis
Auni Nur Fatin M. Zainal
Ijazah Kejuruteraan Mekanikal, Sunway University College & Monash University Sunway. Jurutera Mekanikal

No comments:

Post a Comment

Popular Posts